Syarat Peraturan

Assalammualaikum wbt,

Syarat & Peraturan ini adalah untuk menjaga HAK pengguna dan saya(penjual). Semoga kita semua berpuas hati dengan apa yang dianugerahkan olehNya.

1. Saya bernama AHMAD FAIZOL BIN AZAMI beralamat di 10326-A, Kg Bukit Tok Beng, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Daru Iman pemilik blog JoeRayban.blogspot.com menjual pelbagai jenis cermin mata berjenama Ray Ban original buatan U.S.A dan dari kilang Bausch & Lomb. Semua barangan saya perolehi daripada pembekal seluruh pelusuk dunia melalui online.

2. Pembeli harus meneliti semua maklumat yang dibekalkan sebelum membuat pembelian supaya tidak berlaku kekeliruan atau kesilapan. Saya akan memasukkan seberapa banyak gambar agar dapat membantu pembeli melihat dan meneliti sama ada barangan tersebut mempunyai kecacatan atau sebagainya. Pembeli boleh call/sms untuk bertanyakan maklumat mengenai barangan yang ingin dibeli.

3. Bayaran adalah kedalam akaun bank CIMB atau MAYBANK saya.

4. Pembeli WAJIB membuat pembayaran penuh terlebih dahulu. Selepas pembayaran telah berjaya/confirm, Saya akan POS barangan secepat yang mungkin menggunakan POS LAJU.

5. Saya akan sms NOMBOR TRACKING kepada pembeli dan setiap barangan yang di POS akan saya masukan gambar resit pos dalam ruangan "RESIT POS" di blog ini.

6. Barangan yang di hantar dijangkakan sampai dalam 2 - 3 hari bekerja. Saya sekarang berada di Kuala Terengganu, disini waktu bekerja ialah pada hari AHAD, ISNIN, SELASA, RABU dan KHAMIS. Hari lain adalah cuti am.

7. NO RETURN / BARANG DI BELI TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN...!!!

8. Buyer bertanggungjawab sepenuhnya atas barang yang dibeli. Sebelum beli sila teliti, tanya atau soal kondisi barang itu terlebih dahulu. sebarang pemulangan barang tidak dilayan.

9. Setiap gambar barangan dalam blog ini adalah HAK MILIK sepenuhnya oleh saya dan tidak dibenarkan disiarkan dimana² medium kecuali mempunyai kebenaran bertulis daripada saya.

10. Dengan membeli barangan daripada JoeRayban.blogspot.com maka anda pengguna terikat kepada semua syarat diatas.


~Hubungi JoeRayban~
Maxis  : 0129541248
Celcom : 0199515190

NOTE : "Manusia tidak dapat lari dari membuat kesilapan tapi kita boleh menyelesaikan setiap masalah dengan berbincang"